Tentang Kami

Kemaskini terakhir: April 2026

Apa Itu UPKK Cemerlang?

UPKK Cemerlang ialah platform latihan peperiksaan dalam talian yang direka khas untuk pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Kelas Khas (UPKK) — peperiksaan pendidikan agama Islam di bawah JAKIM untuk pelajar sekolah rendah di Malaysia.

Misi Kami

Kami percaya setiap pelajar berhak mendapat akses kepada bahan latihan berkualiti tinggi yang mengikut format peperiksaan sebenar. Misi kami adalah untuk membantu pelajar UPKK membuat persediaan dengan lebih yakin dan berkesan — serta memberi ketenangan kepada ibu bapa bahawa anak mereka bersedia sepenuhnya.

Untuk Siapa Platform Ini?

  • Ibu Bapa — Mendaftar dan melanggan bagi pihak anak mereka. Memantau prestasi anak melalui dashboard ibu bapa yang lengkap.
  • Pelajar — Pelajar Tahun 4, 5, dan 6 yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta akan menduduki peperiksaan UPKK.

Apa yang Kami Tawarkan

  • Soalan latihan untuk 5 subjek UPKK — Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Bahasa Arab (1,000+ soalan)
  • Kertas peperiksaan sebenar UPKK 2024 dan 2025
  • Soalan Ramalan berdasarkan analisis topik peperiksaan lepas
  • Semakan AI untuk soalan subjektif bina ayat Bahasa Arab
  • Laporan prestasi dan analisis topik lemah
  • Dashboard ibu bapa untuk memantau kemajuan setiap anak
  • Kelas Online (Zoom/Google Meet) dan Kelas Fizikal (Bangi) — pilihan tambahan

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui halaman Hubungi Kami, emel kami di adminupkkcemerlang@gmail.com, atau WhatsApp 010-868 2470.