Polisi Langganan

Kemaskini terakhir: April 2026

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai cara langganan UPKK Cemerlang berfungsi, pilihan pelan, dan apa yang termasuk.

1. Trial Percuma

Semua pengguna baru mendapat akses trial percuma:

  • 10 soalan percuma untuk trial — merangkumi semua subjek dan mod (latihan, ramalan, kertas peperiksaan).
  • Trial hanya sekali untuk setiap pelajar.
  • Tiada kad kredit diperlukan untuk trial.

Trial ini membolehkan anda mencuba platform sebelum membuat keputusan untuk melanggan.

2. Pelan Langganan — Platform Sahaja

PelanTempohHargaKos Sebulan
Bulanan30 hariRM39RM39.00
3 Bulan90 hariRM75RM25.00
6 Bulan180 hariRM129RM21.50
1 Tahun365 hariRM229RM19.00

3. Pelan Langganan — Platform + Kelas Online

Terhad kepada 45 pelajar sahaja (Seluruh Malaysia).

PelanTempohHargaKos Sebulan
Bulanan30 hariRM99RM99.00
3 Bulan90 hariRM199RM66.00
6 Bulan180 hariRM379RM63.00

4. Pelan Langganan — Platform + Kelas Fizikal

Terhad kepada 40 pelajar sahaja (Bandar Seri Putra, Bangi SAHAJA).

PelanTempohHargaKos Sebulan
Bulanan30 hariRM129RM129.00
3 Bulan90 hariRM249RM83.00
6 Bulan180 hariRM449RM75.00

5. Apa yang Termasuk dalam Semua Pelan

  • Semua soalan latihan untuk 5 subjek UPKK (1,000+ soalan)
  • Kertas peperiksaan sebenar UPKK 2024 dan 2025
  • Soalan Ramalan berdasarkan analisis topik peperiksaan lepas
  • Semakan AI automatik untuk soalan bina ayat Bahasa Arab
  • Laporan prestasi lengkap dan analisis topik lemah
  • Dashboard ibu bapa untuk memantau kemajuan setiap anak
  • Pelbagai profil anak di bawah satu akaun ibu bapa
  • Akses kepada sokongan melalui WhatsApp

6. Cara Melanggan

  1. Daftar akaun percuma sebagai ibu bapa.
  2. Log masuk dan pergi ke halaman Langganan.
  3. Pilih pelan dan tier yang dikehendaki.
  4. Buat pembayaran melalui FPX (perbankan dalam talian).
  5. Akses penuh diaktifkan serta-merta selepas pembayaran berjaya.

7. Pembaharuan Langganan

  • Langganan tidak diperbaharui secara automatik.
  • Anda boleh melanggan semula pada bila-bila masa dari halaman Langganan.

8. Apabila Langganan Tamat

  • Akaun pelajar tidak lagi boleh mengakses soalan baharu.
  • Semua data prestasi dan rekod latihan kekal tersimpan.
  • Anda boleh melanggan semula dan meneruskan dari tempat terakhir tanpa kehilangan data.

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai langganan, hubungi kami di adminupkkcemerlang@gmail.com atau WhatsApp 010-868 2470.